Thursday 22 September 2011

Kini Dibawah PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PERLINDUNGAN NUR QASEH MALAYSIA.

salam semua,

Disini kami ingin memaklumkan  bahawa Rumah Perlindungan Nur Qaseh kini telah berdiri sendiri apabila ROS atas Nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PERLINDUNGAN NUR QASEH MALAYSIA telah diluluskan.  Rumah Perlindungan ini menempatkan ANAK - ANAK YATIM, FAKIR MISKIN dan MUALAF yang kurang bernasib baik yang terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang berusia 2 bulan hingga 16 tahun.

Dengan ini, kami amatlah berharap dan memohon jasa baik semua agar dapat membantu menghulurkan sumbangan terutamanya berbentuk kewangan atau barangan makanan kepada rumah perlindungan kami ini yang baru sahaja beroperasi bulan april yang lalu. semoga kemurahan hati dan usaha murni kita semua dapat membentuk generasi yang berjaya di dunia dan akhirat ini di berkati oleh Allah swt.

sekian, terima kasih.

segala sumbangan boleh ditulis atas nama:

PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PERLINDUNGAN NUR QASEH MALAYSIA

BSN GIRO - i   :   1410041000160444

untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami ditalian : 03 4149 3500, 03 4142 0500